Krew kabin AirAsia di kecam oleh makcik bawang ketika ingin menunaikan solat


Krew Kabin dicaci di surau


By Huzraifah Atikah

Setiap manusia di muka bumi ini menjalani hidup yang berbeza-beza.

Dengan itu, tidak ada seorang pun manusia yang sempurna, maka seharusnya tiada siapa berhak untuk menghakimi sesiapa pun. 

Tidak dinafikan menutup aurat dan solat adalah dua perkara yang wajib disisi agama.

Bagi yang telah menutup aurat dan bersolat, jika nak menegur yang lain, yang pasti bukan dengan cacian atau hinaan untuk menghakimi mereka. 

Namun realitinya, itulah yang terjadi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram @hajar.ek berkongsi kisah mengenai anak kapal AirAsia yang telah di kecam ketika ingin menunaikan solat di surau. 

Menerusi Instagram Storynya, @hajar.ek berkata:


Dia juga berkata ...



"Kerja ni tak glamor."


Ramai netizen yang membaca penulisan @hajar.ek juga berasa bengang dengan keadaan itu dan sama sepertinya, mereka berkata:


Ketua Jabatan dan Pensyarah Jabatan Siasah Syari’yyah, Akademi Pengajian Islam (API) UM, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy pernah berkata sikap masyarakat yang terlalu menghukum dengan mengeluarkan kata-kata kecaman tidak membantu, bahkan lebih menyumbang kemudaratan.

“Janganlah terlalu lancang berkata-kata kerana perkara sama mungkin boleh berlaku kepada diri kita sendiri atau ahli keluarga,” kata Sharifah. 

“Kefahaman menjaga aurat mesti datang daripada hati. Apabila ada niat dan memahami tujuan Islam menuntut wanita menutup aurat, penghayatan akan lahir,” tambah beliau lagi. 

Setiap kata adalah cerminan diri sendiri. Jadi jika buruk yang dibicarakan oleh seseorang itu, maka buruklah juga keperibadian dirinya. 

Namun, adakah kita layak untuk menghakimi orang lain? 

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri, adakah sudah cukup sempurna untuk menghakimi orang lain. 

Bak kata pepatah, 'hidup jangan terlalu mendongak ke langit, takut nanti jatuh tersungkur menyembah bumi'.