Wajarkah murid di panggil begitu?


Cikgu sekolah panggil pelajar dengan panggilan 'India'


By Syafiqah Azman

Satu video tular di laman sosial menunjukkan seorang cikgu sekolah menggunakan bahasa kesat dan memanggil seorang pelajar India dengan menjerit ‘India’. 


Video yang tular di Facebook dan kemudian di YouTube itu mendapat banyak tontonan dan rata-rata netizen menyatakan sikap cikgu tersebut sebagai seorang yang rasis. 

Jelas kedengaran di video tersebut bahawa cikgu terbabit menggunakan kata kesat seperti ‘puk*mak' sebelum memanggil pelajar tersebut dengan panggilan ‘India’.

Beginikah sikap dan etika seorang guru yang seharusnya mengajar anak muridnya supaya berkelakuan sopan? 

Kalau begini cara seorang guru yang merupakan tenaga pengajar kepada murid, bagaimanakah murid mahu menghormati orang yang lebih tua ataupun guru mereka sendiri? 

Ingat, tanda hormat itu datangnya dari kedua-dua belah pihak. Semoga pihak bertanggungjawab dapat menyiasat perkara sebegini dengan lebih mendalam lagi.