Apa kesudahan Kancil 'rare' ini?


Pintu kereta kancil ni sudah hampir tercabut...


By Huzraifah Atikah

Ada sesiapa yang pernah nampak kereta Kancil 'rare' ni tak?

Kereta Kancil ini memang mungkin satu-satunya yang masih berjalan walaupun keadaannya sudah agak ‘uzur’.

Sejak bulan lepas, gambar-gambar kereta Kancil 'rare' yang pintunya remuk dan hampir tercabut. 


Tidak tahulah bagaimana pemilik ini memandunya dalam keadaan sebegitu rupa..

Ish ish ish, kesian sungguh.

Akan tetapi maklumat yang disampaikan semalam membuat ramai netizen memarahi admin Penang Kini kerana gambar viralnya menyebabkan kereta ditarik oleh polis. 


Ada beberapa netizen yang bergurau mengenai kereta ini, namun ada juga yang memberi komen kasihan terhadap pemiliknya, mereka berkata: 




Akan tetapi, cerita sebenarnya adalah lelaki misteri tersebut telah memandu kereta Kancilnya melawan arus di Perai, Bukit Mertajam.

Tindakannya itu membuat anggota polis peronda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenainya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pihaknya menerima maklumat pada 4.30pm dan anggota polis yang tiba di lokasi mengarahkan pemandu terbabit berpatah balik.

Pemandu kereta berkenaan mendakwa kenderaannya rosak dan anggota polis mengarahkan dia pergi ke sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Mas tidak jauh dari lokasi dia ditahan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami dapati pemandu lelaki berusia 45 tahun itu berasal dari Raub, Pahang dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Namun, kami mengeluarkan saman terhadapnya kerana cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta,” katanya. 

Menurutnya lagi, tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan terhadap lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjung Bungah, Georgetown.