Rugi tak tengok! Viral kanak-kanak comel main hula hoop!


Maisarah, pelajar 2 tahun di SK Gas, Sandakan


By Nadhirah Sofea Rashid

Video kanak-kanak pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah mencuba bermain hula hoop viral dan menjadi sebutan dunia apabila dipaparkan di Buzzfeed!

Video itu dimuatnaik oleh seorang guru di sekolah itu, Muhamad Fazri Hassan, 26, di Twitter dan telah mendapat sambutan hangat apabila mencecah lebih 3.3 juta tontonan!

Mana tidaknya, cuba anda lihat video dibawah. Comel sungguh!

Fazri berkata kanak-kanak yang memakai tudung biru tersebut bernama Maisarah dan merupakan pelajar tahun dua yang dikategorikan sebagai Global Development Delayed.

Video yang dirakam itu menunjukkan mereka sedang membuat persiapan untuk kejohanan Olahraga PPKI MSSD Sandakan.

Menurut Fazri, dia telah mengajar dalam program Pendidikan Khas Bersepadu di sekolah itu sejak Januari 2018.

Fazri juga menjelaskan dia telah pun mendapat kebenaran daripada ibu bapa pelajarnya untuk memuatnaik gambar atau video untuk mewujudkan kesedaran dan juga untuk menyampaikan pemahaman mengenai pendidikan khas.

“We have our own classroom, separated from the mainstream students, and our own special curriculum,” he said.

Katanya, sekolah ini turut mempunyai minggu kesedaran pendidikan khas setiap tahun di mana pelajar arus perdana dapat menyertai dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar pendidikan khas di kelas mereka.

Video comel itu bukan sahaja telah menyentuh hati rakyat Malaysia, bahkan dikongsi oleh selebriti antarabangsa seperti Ava DuVernay dan Patton Oswalt.

Image from Twitter @ava / Twitter @pattonoswalt

Fazri berkata Maisarah sedar apa yang berlaku tapi tidak mempunyai apa-apa klu apa itu viral.

"Kami bagitahu dia sedang viral di seluruh dunia, tapi dia tak tahu apa itu viral," katanya.

Fazri juga berkata angkara kecomelan melampau Maisarah itu, ramai nak selfie dengannya.