Netizen kesal dengan tajuk berita yang melampau!


Manaf dan bapanya - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Rata-rata netizen kesal dengan tajuk sebuah akhbar berita tempatan.

Tajuknya iaitu 'Pelajar miskin mahu jadi doktor' dikatakan melampau dan dikatakan seolah-olah menghina.


Dikatakan pelajar tersebut Abdul Manaf Abdul Aziz berimpian untuk menjadi doktor walaupun berada dalam kesempitan hidup.

Manaf merupakan antara pelajar cemerlang dari Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dalam peperiksaan SPM 2018 dengan memperolehi 10A.

Dia juga sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Namun, netizen tidak setuju dengan perkataan miskin yang digunakan dalam tajuk tersebut.



Ada juga yang memberikan beberapa tajuk contoh yang sesuai untuk menggambarkan keadaan pelajar tersebut.


Ada juga yang berpendapat bahawa tajuk tersebut dapat menarik perhatian golongan kaya untuk membantu Manaf melanjutkan pelajarannya.


Ha, apa-apa pun fikir positif je okay guys! Semoga Manaf dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan!