Lelaki 22 tahun, cipta mee segera organik pertama di Malaysia!


Ilyas dan produknya - Gambar daripada Facebook.


By Nadhirah Sofea Rashid

Berita baik buat penggemar mee segera! Sekarang dah ada mee segera organik! 

Ha korang mesti hantu mee segerakan? Apa kata korang cuba produk brother yang berasal dari Penang ni.

Baru berusia 22 tahun, lelaki bernama Ilyas Zulkifli telah mengeluarkan produk berasaskan mee segera yang diberi nama MyMee Minda. 

Wah, muda-muda dah berjaya dalam perniagaan sendiri! Salute lah kat brother ni!

Ha, mee segera ini telah viral dengan kandungan mee itu sendiri.

Mee segera tersebut dibuat tanpa bahan kimia, msg dan lilin, yang pertama di Malaysia dan sudah pastinya 100% halal!

Mee segera organik ini menggunakan teknologi kurma dan kismis untuk memberi khasiat kepada kaki mee segera.


Tapi ada pula netizen yang mengatakan Ilyas ini menggunakan agama untuk kepentingan produk. Ish, macam-macam lah korang ni!



Alamak, macam-macam lah netizen ni. Ada je yang tak kena.

Apa-apa pun, tahniah buat Ilyas kerana menjayakan produk mee segera organik pertama di Malaysia!