Turunkan had umur mengundi? Dah bersediakah belia kita ni?


Pilihan raya 2018 - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Keputusan Kabinet untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan ini bertujuan untuk menjadikan golongan belia sebagai faktor penentu dalam pilihan raya akan datang.

Ada netizen yang bersetuju dan tidak kurang hebat juga yang menentang.

Kebanyakkan yang bersetuju berpendapat belia berumur 18 tahun perlu diberi peluang dalam membentuk masa depan negara.


Ada juga yang berpendapat bahawa umur bukan penanda kematangan seseorang. 


Ada juga yang menegur golongan lebih tua untuk mempercayai golongan belia kini dan berpendapat kerajaan telah mengambil langkah proaktif.

Walau bagaimanapun, lumrah dunia apabila ada yang setuju, pasti ada yang membangkang. Betul tak?

Beberapa netizen juga menganggap belia berumur 18 tahun belum cukup matang untuk mengundi.


Timbul persoalan, pada umur berapakah seseorang itu dianggap matang?

Adakah semakin tua seseorang itu maka makin matang? 

Ada juga yang berpendapat belia berumur 18 tahun majoritinya masih tidak tahu apa-apa mengenai politik Malaysia kerana sibuk dengan sosial media dan perlukan kesedaran mengenai politik.


Pengguna Twitter itu juga menambah bahawa sekolah perlu memainkan peranan yang besar dalam memberi kesedaran dan ilmu tentang politik dan masa depan negara.


Ada juga yang berpendapat bahawa langkah menurunkan had umur mengundi ini mempunyai agenda politik semata-mata.

Haa, apa kata anda?

Wajar atau tidak had umur mengundi diturunkan?

Tidak dinafikan usaha ini adalah satu usaha yang baik dalam memberi peluang kepada golongan belia menyuarakan pendapat mereka dalam bentuk mengundi.

Sudah bersedia atau tidak belia negara kita? Macam mana pula dengan fungsi ibu bapa dan sekolah dalam mendidik belia tentang kepentingan mengundi?

Kongsikan pendapat anda!