UiTM siasat dakwaan gangguan seksual antara pensyarah dan pelajar


Universiti Teknologi Mara - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Pihak UiTM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan gangguan seksual yang membabitkan pensyarah dan pelajar.

Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya sudah pun membuat laporan polis mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut.

"Kami lakukan siasatan mengenai dakwaan itu mengetahui dakwaan itu benar atau pun palsu.

"Saya sudah mengarahkan pegawai untuk membuat satu laporan polis dan menyerahkan kepada pihak polis membuat siasatan.

"Kami juga mempunyai prosedur dan jika didapati betul ada seperti yang didakwa, kita akan bawa perkara itu dalam jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro.

“Kita mahu ‘whistle blower’ itu tampil membuat laporan supaya siasatan boleh dibuat. Jika terbukti, kita akan ambil tindakan.

“Maklumat itu juga akan dirahsiakan dan dilindungi,” tambahnya lagi.

Terdahulu tular di media sosial beberapa pengguna Twitter mengatakan berlaku kejadian seumpama itu di UiTM Dengkil.

Baca: Lelaki dakwa pensyarah UiTM Dengkil lakukan gangguan seksual

Dakwaan tersebut telah mendapat perhatian beberapa pensyarah fakulti undang-undang yang mahukan siasatan dilakukan jika benar dakwaan yang dikatakan.