Filem ‘Bu Kasih Suci’ Angkat Darjat Seorang Ibu


Barisan pelakon filem 'Bu Kasih Suci' bersama pengarah filem, Jeany Amir


By Syafiqah Azman

Sering kali dunia perfileman menayangkan dengan filem seram, aksi dan juga ‘thriller’, akan tetapi filem menyentuh jiwa dan menyentak emosi terutama sekali mengisahkan kekeluargaan amat jarang sekali dipaparkan di pawagam.


Filem berjudul ‘Bu Kasih Suci’ arahan pengarah muda, Jeany Amir ini bakal berada di pawagam pada hari ini.  

Jeany yang cukup dikenali sebagai pengarah komersial sebelum ini mahu menjadikan filem pertamanya ini cukup unik dengan adanya tiga penceritaan dalam sebuah karya. 

Filem yang bakal menjentik emosi penonton dengan jalan penceritaan mengenai pengorbanan seorang wanita sebagai ibu dalam institusi keluarga ini secara tidak langsung akan membawa penonton berfikir sejenak. 

Berapa lama sudah kita tidak mengucapkan ‘terima kasih’ kepada ibu kita yang telah melahirkan kita? Menjaga makan minum dan pakaian kita? Soalan-soalan seperti itu akan singgah di kotak fikiran penonton ketika menonton filem ini.