Selepas diaibkan, pelajar cemerlang SPM mendapat tawaran UIA


Manaf diberi surat tawaran - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Pelajar cemerlang SPM 2018, Abdul Manaf Abdul Aziz yang peroleh 10A kini ditawarkan program asasi di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tawaran ini dikongsi oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam Facebooknya.

Dalam pada masa yang sama, beberapa pihak juga sudah berhubung untuk memberikan adik Manaf biasiswa.

Menurut Dr Maszlee, adik Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk golongan B40.



Kehidupan yang sempit tidak menghalang adik Manaf untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM yang lepas.

Ketiadaan ibu dan kehidupan yang tidak seberapa membakar lagi semangat anak muda ini untuk menjadi seorang doktor.

Sebelum ini, kisah Manaf telah tular dilaman sosial.

Namun, kisah tersebut telah dikaburi akibat satu perkataan dalam tajuk oleh sebuah akhbar tempatan yang dikatakan seolah-olah menghina.

Baca: Netizen kesal dengan tajuk berita yang melampau!