Keisha Akui Penat Jadi Nabila Huda di FFM30


Keisha dan Mohd Izwar Johar


Rasanya ramai yang sudah tahu anak kepada pelakon Nabila Huda iaitu Keisha Laila memang bercita-cita  menjadi seorang pelakon seperti mana ibunya. Malah, suatu masa dahulu, Keisha pernah memegang trofi milik Nabila setelah Nabila dinobatkan Pelakon wanita Terbaik dalam festival filem terdahulu dan berangan-angan kononnya trofi kemenangan itu adalah miliknya. 

Nampaknya, apa yang diangankan Keisha sudah pun menjadi kenyataan. Dalam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang telah berlangsung di PICC, Putrajaya pada malam Ahad lalu, Keisha yang kelihatan comel dan manis dengan baju tradisional kebaya telah menaiki pentas untuk menerima trofi kemenangan Nabila sebagai Pelakon Pembantu wanita Terbaik menerusi filem Makrifat Cinta. 

Mewakili ibunya, Keisha telah menaiki pentas dengan ditemani bapa tirinya, Mohd Izwan Johar. Malah bapa tirinya yang digelar Abi juga turut mendukungnya sewaktu dia memberikan ucapan. Nabila mewakilkan suami dan anaknya untuk mengambil trofi itu kerana dia tidak dapat menghadirkan diri di FFM30 kerana terikat dengan komitmen lain. 


Apa yang menariknya, Keisha benar-benar kelihatan seperti mini Nabila Huda atau jelmaan Nabila Huda. Lebih-lebih lagi bila menggayakan kebaya dengan fesyen rambut bersanggul yang memang cukup sinonim dengan Nabila. 

Sebetulnya, Nabila sendiri yang mahu Keisha kelihatan seperti dirinya. Untuk itu, biarpun jauh dari Keisha dan suaminya, dia telah menghubungi orang-orang tertentu untuk membuatkan persiapan Keisha bagi menghadiri majlis malam kemuncak FFM30 tersebut. 

Memuatnaik sebuah posting di Instagram, Nabila Huda telah menceritakan detik-detik tersebut. 

"Ok now i Nak cerita pasal #ffm30 pulak.. Only god knows macamana tersentuhnya hati saya bila tengok suami Dan Anak jadi wakil untuk amik trophy Saya malam tu.We came back from Bali, and then I went off again. Got an invitation but I couldn’t make it. 

"So I asked hubby and keisha Pergi on behalf. My husband ni Kalau korang Nak tau, Dia memang manusia yang paling pemalu Dan Dia Takkan Pergi event.Dia sejenis Kalau Cakap dengan perempuan pun Takkan pandang mata and tunduk je. Korang boleh try Nanti Kalau jumpa Dia.😂 Tapi Dia Pergi, sebab isteri Dia request. 

"Keisha Jangan cakap la Kan, Dia memang feeling.haha. So Saya terus msg @tymfatimah mintak Tolong Dia buat Baju kebaya Dan siap kan keisha sebijik macam Saya.Saya video call dari jauh suruh @arishadhz84 siap kan rambut and keisha complain kat abi Dia mummy suruh tukar rambut 3 kali!Padan muka.

"Saya Nak Dia jadi jelmaan nabila huda malam tu Dan menjadi pulak tu! Macamana Nak explain eh perasaan saya bila dorang Pergi berdua tu eh..ok macam ni, Bert is my husband, keisha is not his real daughter, dorang Pergi bersama Dan naik atas stage amik anugerah penghargaan tentang kerja Saya. Benda Yang paling Saya sayang dalam hidup iaitu kerjaya Saya ! How sweet is that ? 

"Aku bukan melalak sebab menang tau ,menang patut nya kena happy la, ni melalak sebab tengok dorang amik trophy , bagi speech , Dia dukung pulak keisha, ishhh terharu gilaaa moment tu. Kenapa sweet sangat eh! Tengah type ni pun dah pegang2 dada sebak.

"Drama tak? Haha haaa Lepas tu , Pergi backstage Kau rasa kan keisha!! Ha back to back kena interview ! Dia Cakap kat bert , penat la abi..Pastu bert Cakap, your ambition Nak jadi pelakon kan.Haa rasa kan malam ni. Penat tak jadi nabila huda ? Dia provoke pulak budak tu.Pastu bert Cakap, Macam ni la mummy Penat kerja Nak cari duit. It’s not easy dan bila Tiba waktunya, Dia akan dapat penghargaan macam ni and mummy happy..aduh lagi skali Saya sebak..haha!balik Dia tu Dia terus knocked out Bgn tengahari tau! Too much! After party all out sangat ke lepas event? Eh tu mummy dulu!