Selepas tiket dibakar, pelajar dihalau turun daripada bas!


Terminal bas Alor Setar - Gambar sekadar hiasan


By Nadhirah Sofea Rashid

Macam-macam jenis cerita kita dengar apabila membabitkan bas ni kan? Yang terbaharu ni pula ada seorang pelajar dihalau keluar daripada bas.

Ha apa cerita pula ni?

Cerita ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @ahsanulfikri yang menyatakan kawannya punyai kenangan pahit dengan satu syarikat bas ni.


Tak pasti sama ada rakan Fikri itu membeli tiket pada ulat tiket atau daripada pengedar yang sah, tetapi sebaik saja masa untuk bas tersebut bergerak, rakannya tiba-tiba dengan biadapnya disuruh duduk di tangga. 

Amboi, amboi. Senang-senang je suruh orang duduk dekat tangga, padahal tiket beli untuk seat kot?

Apa lagi, mereka pun bertelingkahlah sampai pelajar tersebut terpaksa keluar daripada bas. 

Tidak tamat disitu ye, pekerja itu siap bakar lagi tiket pelajar tu. Konon nak hapus bahan bukti.

Dikhabarkan pelajar tersebut ingin ke Kuantan daripada Alor Setar.


Apa yang lebih pelik apabila pelajar tersebut mendakwa pekerja bas tersebut menjual bungkusan yang dipanggil 'barang' dengan harga ratusan ringgit.

Ish, macam-macamlah diorang ni!


Ha, selepas tweet itu viral dengan lebih 8,000 retweets, akhirnya syarikat bas tersebut buka suara.

Sebenarnya tiket yang dibeli pelajar itu adalah sebuah penipuan atau scam.

Syarikat bas tersebut menyatakan mereka tidak menyediakan perjalanan ke Kuantan.


Menurut Fikri, tiket yang dibeli oleh rakannya itu sahih atau legit lah kata orang.

Tapi kalau memang berniat untuk menipu, dengan cara apa sekali pun mereka sanggup buat.

Nasib baiklah rakan Fitri tu selamat.

Apa-apa pun, korang yang nak naik bas ni tolong check syarikat bas atau kaunter tiket bas yang korang nak pergi.

Bukan apa, perkara-perkara macam ni lah yang bakal terjadi kalau kita tidak periksa terlebih dahulu.