Peminat Mahu Bunuh Diri, Faizal Tahir Tampil Jadi 'Superman'


Faizal Tahir


Menjadi selebriti memang bukan satu tugas yang mudah kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai ragam peminat. Tidak terkecuali penyanyi yang juga komposer, Faizal Tahir. 

Semalam, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video di Youtube tentang hasrat salah seorang peminatnya yang mahu membunuh diri akibat tekanan hidup. 

Peminat tersebut meluahkan tentang hasratnya itu menerusi tweet yang dihantar kepada Faizal Tahir bertarikh 17 Januari lalu. Setelah memperolehi mesej tersebut, Faizal terus menghubungi peminatnya untuk memberi semangat supaya dia dapat meneruskan hidupnya semula. 

Faizal betul-betul bertindak macam Superman ya dan peminatnya itu turut melahirkan rasa bersyukur kerana mendapat kata-kata semangat daripada Faizal sendiri.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Faizal berkata, inilah  kekuatan yang ada pada muzik dan ini adalah antara sebab mengapa beliau masih meneruskan kerjaya muziknya. 

Dalam video juga, Faizal menyatakan bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya 2 bulan yang lepas supaya peminat boleh menghubunginya secara peribadi, sebaik saja dia meluncurkan single, Bisa Aja. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Bisa Aja dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.