Order satu benda, dapat pula benda lain!


Order basikal dapat tasbih - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Pernah tak korang order barang tak kisah lah dari mana-mana platform e-dagang tapi dapat benda lain??

Ha, mesti geram kan bila barang yang kita beli tak sama apa yang kita order.

Samalah macam pengguna Twitter ni.

Menurutnya, ayahnya submit order dekat salah satu platform e-dagang terkemuka di Malaysia.

Kata dia lagi, ayahnya order mountain bike tapi rupa-rupanya barang yang diorder tak sama dengan barang yang sampai...

Lepas seminggu order, barang tu pun tibalah ke rumah.

Ha, ini lah moment yang mengejutkan. Siapa je tak terkejut order mountain bike tapi dapat tasbih??

Peh, korang pernah tak alami perkara yang sama?

Ye lah, jauh api dari panggang basikal dengan tasbih.

Ramai netizen pula pelik dengan harga mountain bike yang hanya RM68 itu.

Betul lah juga, mountain bike mahal kot? Tapi mahalnya tasbih sampai RM68??

Kes seperti ini bukan pertama kali ye terjadi. Sebenarnya ramai yang order satu item, dapat pula benda lain.

Ni contoh lain.



Lagi satu pesanan, kalau korang beli barang online, pastikan korang check betul-betul perincian yang penjual nyatakan.

Kadang-kadang kita tak perasan size dia kecil ke, besar ke. Haa, benda-benda macam tu korang kena check takut nanti kecewa bila barang dah sampai.

Jangan cakap kitaorg tak ingatkan ye!