Tak sengaja langgar anak ayam, kanak-kanak ini bawa anak ayam ke hospital


Budak lelaki tersebut memegang anak ayam yang dilanggarnya - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Viral di Facebook dan Twitter mengenai seorang budak lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap haiwan.

Ha, nak tahu apa ceritanya?

Ceritanya bermula apabila budak ni tak sengaja terlanggar seekor anak ayam jirannya ketika sedang menunggang basikal.

Dia dengan rasa bersalah bergegas keluarkan semua duit yang ada dan bawa anak ayam itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Alahai, baiknya budak ni!


Post ini viral di Facebook dengan 10,000 like dan lebih 8,000 retweets di Twitter.

Asal budak ini tidak dinyatakan.

Ramai netizen memuji sifat tanggungjawab budak ini. 

Iyalah, ada orang sanggup langgar orang lepas tu lari. Budak ni langgar anak ayam pun dibawanya ke hospital.

Ha, betul tu!

Sifat sayang akan haiwan dan bertanggungjawab perlu dididik sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Terbaiklah adik ni!

Kanak-kanak memang ada sifat penyayang terhadap haiwan. Cuba tengok video dekat bawah. Ramai menangis taknak haiwan ternakan diorg disembelih. Lucu betul!