Keputusan Program Matrikulasi 12 April dan ini persediaan yang perlu anda tahu!


Keputusan Rasmi Program Matrikulasi 2019


By Nadhirah Sofea Rashid

Berita penting untuk adik-adik lepasan SPM!

Keputusan ke Program Matrikulasi boleh diketahui mulai April 12, 2019 ini. Ha, nervous tak tu?!

Adik-adik yang memohon untuk ke Program Matrikulasi ini boleh menyemak keputusan di laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/

Buat yang berjaya mendapat tempat di matrikulasi, ini persediaan yang anda perlu buat sebaik mendapat keputusan.

1. Anda mestilah membuat pengesahan sama ada anda menerima atau menolak tawaran yang diberi. Jangan risau, pengesahan ini tidak akan memberi impak kepada keputusan UPU nanti.

2. Muat turun semua borang dan dokumen yang disenaraikan. Untuk lebih sistematik, adik-adik boleh membuat satu checklist untuk pastikan semua borang dan dokumen sudah dimuat turun.

3. Isi borang selengkapnya! Ini penting ye adik-adik. Nak masuk ke Program Matrikulasi ni ada macam-macam borang kena isi. Pastikan baca betul-betul arahan borang-borang tersebut sebelum mengisinya.

4. Baca buku panduan Program Matrikulasi supaya lebih faham. Layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Jangan lupa bawa gambar berukuran passport ok! Bawalah sekurang-kurangnya lima bagi mengelakkan kehilangan atau apa-apa.

Semoga perkongsian kami dapat memberi manfaat buat adik-adik semua! Selamat maju jaya!