Pemandu Myvi Rempuh Pagar Rumah Sehingga Tercampak


Rakaman video pemandu tersebut melanggar gate rumah sehingga tercabut


By Syafiqah Azman

Kalau berada di kawasan perumahan, perlu memandu perlahan bukan? 


Tapi apa yang terjadi ini adalah akibat memandu terlalu laju di kawasan perumahan yang dipercayai di Taman Permatang Pasir Permai, Melaka.

Keretanya seolah tidak dapat dikawal dan melanggar gate sebuah rumah. 

Video berdurasi 50 saat itu menunjukkan pemandu terbabit merempuh gate rumah sehingga menyebabkannya tercabut dan tercampak, dan seterusnya melanggar kereta yang berada di dalam rumah. 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan kekaguman pemilik rumah tersebut kerana tidak melenting melihat perkara sebegitu terjadi. 

Nasib baik pemandu tersebut tidak melanggar sesiapa, kalau tak dah melayang nyawa orang. Betul tak? 

Apa pun, peringatan buat semua pemandu di luar sana, tidak kira pakai kereta Myvi ke Kancil ke Vios ke, pandulah secara berhemah dan berhati-hati.