Sebarkan Gosip Cerai, Priyanka Chopra & Nick Jonas Mahu Saman Majalah Tabloid


Priyanka Chopra, Nick Jonas


Minggu lalu, gosip mengenai perceraian aktres Bollywood, Priyanka Chopra dengan suaminya, penyanyi Nick Jonas telah menjadi tular dengan begitu hebatnya di sosial media. 

Rata-rata peminat warganet khususnya peminat kepada pasangan suami ini yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan melayari behtera perkahwinan sepanjang 4 bulan  benar-benar terkejut dengan gosip yang timbul ini. 

Namun, bagaimana pula perasaan Priyanka dan Nick sendiri apabila digosipkan bakal bercerai, sedangkan mereka benar-benar sedang bahagia menikmati hidup sebagai pasangan suami isteri. 

Menurut jurucakap  Priyanka, pasangan ini dikatakan bercadang untuk menyaman majalah tabloid tersebut  kerana menyebarkan artikel fitnah itu. 

"Sebaik saja dia membuat keputusan untuk menangani isu fitnah ini, tidak ada siapa yang mampu menghalangnya berbuat demikian. 

"Priyanka akan mendapatkan khidmat perundangan untuk mengambil tindakan terhadap majalah tabloi tersebut kerana menyiarkan artikel tidak berasas yang berbentuk fitnah serta tidak sensitif," katanya dalam satu laporan yang dipetik  dari BollywoodShaadi.com. 



Dalam laporan majalah tabloid yang mengeluarkan gosip tentang isu cerai palsu tersebut, Priyanka dan Nick dikatakan sering bertengkar tentang hal kerja, parti termasuklah waktu untuk luang bersama. 

Nick dan Priyanka dikatakan terburu-buru berkahwin dan kini, mereka mula berasakan bahangnya. Nick juga dikatakan sudah mula menyedari warna sebenar Priyanka, lebih-lebih lagi sikapnya yang suka kontrol yang sebelum ini tidak disedarinya sebelum berkahwin. Seperkara lagi yang membuatkan Nick bengang adalah sikap panas baran Priyanka. 

Majalah tabloid itu turut melaporkan bahawa antara punca perceraian Nick dengan Priyanka adalah disebabkan keluarga  Jonas tidak begitu menggemari sikap dan gaya hidup Priyanka. Mereka meminta Nick menceraikan Priyanka. 

Awalnya mereka menganggap Priyankan seorang wanita yang matang dan benar-benar bersedia untuk 'settle down'. Akan tetapi cara dan lagak Priyanka tidak lebih seperti seorang gadis berusia 21 tahun.