Vivy Yusof Kecewa Terhadap Syarikat Lazada


Vivy Yusof luah rasa kecewanya terhadap syarikat besar, Lazada


By Syafiqah Azman

Terkenal dengan empayar Fashion Valet dan jenama tudung dUCk, ushawanita dan ikon perniagaan, Vivy Yusof baru-baru ini luah perasaan kecewanya apabila syarikat besar membeli-belah dalam talian, Lazada menyokong tindakan sesetengah individu yang membuat barang palsu. 

Menerusi ruangan story di Instagram, Vivy telah berkongsi beberapa entri menyatakan rasa kekecewaannya apabila syarikat gah seperti itu menggunakan cara tersebut sebagai iklan untuk menjana pendapatan. 


“Menggunakan reka corak yang sama, logo jenama dan muka saya sendiri adalah salah,” tulisnya. 

Vivy turut menegaskan bahawa produk jenama dUCk tersebut tidak dijual di mana-mana aplikasi beli-belah atas talian kecuali di stor dUCk yang sah iaitu di KLCC, Pavillion dan juga Singapura serta Fashion Valet sahaja. 

Memang selalu perkara begini terjadi. Bila satu jenama tu popular, ramailah yang nak tiru sebijik! Tapi yang ni salah la sebab gunakan logo yang sama dan juga muka Vivy sendiri, seolah-olah menyatakan bahawa produk tersebut adalah daripada kualiti yang sama. 

Sekali beli rasa tudung macam kain buruk pun ada! Ha tak ke menyesal! 

Dalam masa yang sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsikan skrin paparan mesej yang diperolehi daripada pengikutnya di Instagram mengenai isu tersebut. 

Ha yang lain jangan mudah tertipu ya! Ingat beli apa-apa pun, kalau nak selamat beli sahaja dekat stor mereka yang sah. 

Apa pun, buat mereka di luar sana, jangan sokong barangan palsu ya! Belilah yang original, gitu!