Cikgu pakai baju purba untuk tarik perhatian pelajar belajar sejarah


Video kredit Safwan Jebat


By Nadhirah Sofea Rashid

Siapa yang tak suka belajar sejarah angkat tangan!

Tak apa, korang yang tak minat ni bukan keseorangan. Mesti ramai juga yang tak minat, kan? 

Sebenarnya, subjek Sejarah ini bukan lah sebosan yang disangka.

Kena dengan cara pembelajarannya, mesti tak bosan!

Macam seorang guru @awanjebat yang viral di Twitter ni.

Untuk menarik perhatian murid-muridnya untuk belajar subjek Sejarah, dia dengan kreatifnya memakai baju purba zaman dahulu kala!

Tapi kalau pakai baju purba lepas tu mengajar macam biasa tetap sama bosan dia. 

Sebab tu Safwan ambil peluang ni untuk betul-betul menceritakan kisah sejarah kepada anak muridnya.

Siapa yang tak tertarik kalau cikgu tu dah naik atas meja kan?

Selalunya asyik anak murid yang berdiri atas meja. Kena dendalah katakan!

Menurutnya, untuk membuat pelajar menyukai subjek Sejarah, pelajar perlu menyukai guru tersebut.

Safwan walau bagaimanapun akui kemahiran mengajarnya masih ada kekurangan.


Kalau cikgu asyik serius je memanjang mana ada sesiapa yang minat, betul tak?

Memang terbaik idea cikgu ni untuk tarik minat pelajar suka subjek sejarah yang sememangnya penting buat pelajar sekolah.

Korang semua mesti nak kan cikgu macam ni?