Isteri tak tahan di'timun' suami bernafsu seks liar


Wanita itu sudah tidak tahan dengan perangai suaminya sendiri


By Huzraifah Atikah

Seorang isteri yang sering dipaksa melakukan ‘seks liar’ dan ‘hubungan luar tabii’ akhirnya nekad membuat laporan polis terhadap suaminya sendiri. 

Mangsa berusia 44 tahun itu berkata dirinya sering diperlakukan sedemikian oleh suaminya. 

Namun bukan itu sahaja, mangsa juga berkata yang paling menyeksakan adalah apabila suaminya gemar menggunakan timun selain memasukkan objek keras ke bahagian tidak sepatutnya.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd, kejadian terakhir berlaku pada November tahun lalu apabila mangsa sekali lagi dipaksa melakukan 'seks liar'.

Kemungkinan mangsa juga telah berhadapan dengan episod duka itu selama bertahun-tahun.

Namun hanya sekarang mangsa nekad untuk melaporkan perkara tersebut kerana sudah tidak tahan lagi.

Sebelum ini, disebabkan takut pada suaminya, mangsa tidak berani untuk menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa pun. 

Polis berkata: “Ketika mengadakan hubungan seks, suspek seolah-olah tidak berpuas hati dan meliwat mangsa dengan menggunakan objek keras.

“Mangsa mendakwa suspek mempunyai nafsu seks liar apabila gemar melakukan onani kepada wanita itu dengan menggunakan timun.” 

Suaminya yang berusia 57 tahun itu juga dikatakan panas baran dan pernah memukul mangsa apabila dia cuba untuk berbincang mengenai nafsu luar biasa suaminya itu. 

“Pada Januari, mangsa mendakwa ditumbuk di bahagian dada apabila diajak berbincang akan masalah ketagihan liarnya itu.

“Mangsa mungkin keliru dengan keadaan dihadapinya, menyebabkan dia lambat membuat laporan,” polis berkata lagi. 

Bagaimanapun, suaminya yang telah menghilangkan diri, giat diburu polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat atas kesalahan membabitkan persetubuhan luar tabii.

Tidak mustahil perkara ini dialami oleh para isteri yang tidak tahu bahawa perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa.