Pelajar dipenjara 3 bulan selepas merempuh polis trafik


Pelajar tersebut dibawa ke mahkamah - Gambar daripada NST


By Nadhirah Sofea Rashid

Seorang pelajar berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya.

Pelajar tersebut bernama Tan Wooi Zhan telah merempuh seorang polis trafik dengan kereta Mercedesnya.

Baca: Polis trafik dirempuh pemandu ketika buat kawalan lintas

Lesen memandunya turut digantung selama tiga tahun.

Tan dilaporkan menggigil dan hampir menangis apabila hakim majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman.

Tan juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai apa-apa niat untuk merempuh polis tersebut dan segera memberikan pertolongan sejurus kemalangan itu berlaku.

"Anda dapat lihat daripada video tersebut saya menekan brek kecemasan sebaik sahaja saya melihat polis itu. Saya juga beri pertolongan kecemasan kepadanya.

Tan memberitahu mahkamah bahawa dia dalam keadaan panik semasa kejadian kerana sebuah BMW cuba untuk memasuk laluannya. 

Tan juga berjanji tidak akan memandu secara berbahaya lagi.

"Sekiranya saya didapat bersalah sekali lagi, saya bersedia dijatuhkan hukuman maksimum," tambahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Zuraidi Zulkifli menggesa mahkamah menggenakan hukuman tersebut sebagai satu pengajaran kepada tertuduh.

Saravanan juga menyatakan dia mempertimbangkan reaksi tertuduh yang terus berlari ke arah mangsa sebaik kejadian itu berlaku.

Walau bagaimanapun, beliau juga mengambil kira bahawa tertuduh memandu dengan kelajuan yang tinggi dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.