Sharifah Sakinah Terima Teguran PU Amin, Jangan Pakai Tudung Lampin


Sharifah Sakinah ucap terima kasih di atas teguran yang diberikan oleh PU Amin


By Syafiqah Azman

Terkenal dengan sikap terbuka dan kepala gila-gila, aktres Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memuat naik satu foto di laman Instagram menunjukkan dia memakai lampin di kepala menggantikan tudung.


Ada-ada sahaja si Sakinah ni ya! 

Namun, entri yang sebenarnya hanya dimuat naik secara suka-suka itu telah meraih tumpuan salah seorang pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin. 

Menerusi entri yang dimuat naik pendakwah tersebut di laman Instagram, dia berpendapat bahawa tindakan Sakinah itu sama sekali bertentangan dengan adab menghormati tubuh badan walaupun ia hanyalah satu gurauan. 

“Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam Islam.., menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal,” tulisnya di kapsyen entri tersebut. 

Tambahnya lagi, dia yang sedih dengan tindakan sesetengah ibu melakukan perkara tersebut terhadap anak-anak mereka memohon agar para ibu di luar sana supaya berhenti melakukannya.. 


Biasalah kalau selebriti buat sesuatu, banyaklah warga net nak ikut dan jadikan parodi. Tapi mungkin kali ini agak tidak manis dipandang. 

Entri yang dimuat naik itu secara tidak langsung mendapat perhatian Sakinah sendiri dan dia meninggalkan komen agar pendakwah bebas itu menghubungi dan menegurnya secara peribadi di laman sosial tersebut. 

“Pm tepi” tulis Sakinah di ruangan komen gambar tersebut. 

Kerana tindakannya itu, pendakwah bebas tersebut telah menghantar kiriman mesej di Instagram secara peribadi dan menyatakan sebab mengapa tindakan Sakinah itu tidak elok.


Sakinah berkongsi di ruangan Instagram story dengan memuat naik paparan skrin mesej tersebut dan menyatakan bahawa dia kesal dengan perkara yang terjadi. 

"Sejujurnya saya faham kerisauan yang PU Amin rasa dan saya sangat menghargainya. Tiada sebarang niat untuk mengaibkan tudung atau agama ketika saya memuat naik entri tersebut," balas Sakinah. 

Dalam entri yang sama, Sakinah mengucapkan terima kasih kepada PU Amin atas rasa prihatinnya dan akan menimbangkan segala perkara sebelum memuat naik sesuatu isu atau perkara di laman sosial selepas ini. 

Alhamdulilah, macam ini la yang kita semua nak. Dapat terima teguran dengan baik dan tidak mudah melenting. Kudos to Sharifah Sakinah! 

Pada mereka di luar sana, ingat ya gurau-gurau juga tapi perlu berpada-pada.