Tak Cukup Duit Untuk Kebumikan, Bapa Disuruh Pulang Bawa Jenazah Bayi


Tidak cukup duit untuk pengurusan jenazah, bapa ini disuruh pulang


By Syafiqah Azman

Apa nak jadi dengan sikap dan perangai manusia zaman sekarang ya? Sanggup memandang wang daripada menguruskan fardu kifayah terlebih dahulu. 

Gara-gara tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengebumikan jenazah anak kecilnya, seorang lelaki ini telah disuruh pulang oleh pihak pengurusan surau. 


Satu perkongsian daripada Mohd Zulhairi Zainol di Facebook ini telah viral apabila rata-rata netizen menumpang simpati dan mencemuh tindakan pihak pengurusan surau tersebut. 

“Disebabkan kena caj RM300 si ayah ini tidak mampu nak bayar dan orang tu tak mahu uruskan jenazah anaknya,” tulisnya di perkongsian tersebut. 

Tambahnya lagi, bapa kepada jenazah tersebut terpaksa kembali ke hospital untuk meminta bantuan dan alhamdulilah pihak forensik menghubungi Mohd Zulhairi untuk menguruskan jenazah tersebut. 

Apa yang menyayat hati adalah apabila lelaki tersebut memberitahu masalah tidak cukup duitnya untuk menguruskan pengebumian jenazah kepada Hery (nama panggilan). 

“Saya cakap simpan sahaja duit itu, terus ayahnya peluk saya dan berterima kasih kepada kalian semua,” tulisnya. 

" target="_blank">

Difahamkan Hery yang merupakan seorang pemandu van jenazah secara percuma selama dua tahun ini hanya mengeluarkan modal sebanyak RM20 sahaja bagi segala pengurusan jenazah tersebut berbanding dengan kos RM300 di surau tadi. 

Alhamdulilah, semoga Allah SWT merahmati segala yang dilakukan oleh Hery ini dan semoga perkara ini dapat dijadikan sebagai iktibar buat masyarakat di luar sana terutamanya agama Islam. 

Kepada mereka di luar sana yang ingin menyumbang operasi gerakan Amal Team boleh layari akaun Facebook, Mohd Zulhairi Zainol