“Nak rogol boleh tak?” – Tiz Zaqyah Berang Budak Bawah Umur Kirim Mesej Lucah


Seorang budak bawah umur menghantar mesej lucah kepada pelakon Tiz Zaqyah


By Syafiqah Azman

Aktres drama popular Isteri Bukan Untuk Disewa, Tiz Zaqyah baru-baru ini telah memuat naik satu entri di ruangan Instagram story meluahkan rasa marahnya terhadap seorang budak bawah umur. 

Menerusi paparan skrin mesej yang dimuat naik, budak bawah umur itu telah mengirim mesej lucah kepadanya di laman sosial tersebut. 

Namun, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 31, memberikan nasihat kepada remaja tersebut untuk menghormati wanita di luar sana seperti mana menghormati ibunya. 


“Hormati wanita lain seperti mana anda hormati ibu anda. Tiada maaf buat perkara sebegini. Ayuh lapor dan kongsi di laman sosial,” tulisnya. 

Tiz yang ternyata tidak senang langsung dengan mesej sebegitu meluahkan bahawa bagaimana remaja berusia 12 tahun boleh berkelakuan seperti itu. 

“Budak umur 12 tahun, kalau dah besar perangai macam mana?” 

Dalam masa yang sama, Tiz turut mengajak orang ramai untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut. 

Sebelum ini, terdapat beberapa lagi selebriti seperti Fatin Afeefa, Nita Hamzah dan Zoey Rahman yang turut menerima mesej berbaur lucah didalam media sosial.

Kenapalah budak-budak sekarang berperangai seperti ini? Mana adab yang telah dipelajari di sekolah? Atau mungkin tidak belajar langsung? 

Mungkin media sosial perlu membuat satu peraturan baru dimana budak bawah umur tidak dibenarkan membuat sebarang akaun. Ha baru tahu!