Makcik licik kantoi curi telefon senyap-senyap


Wanita itu didapati mencuri - Gambar daripada cekupan skrin video


By Nadhirah Sofea Rashid

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. 

Ha itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang makcik ni yang kantoi dalam CCTV mencuri telefon!

Video CCTV itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Hilmi Adi Ruzaini, telah mendapat ramai tontonan.

Kejadian ini terjadi di sebuah Pasaraya Komuniti Amart di Kempas, Johor Bahru. 

Makcik tersebut dengan liciknya mencuri telefon milik seorang penjaga stok telur ketika orang lain sedang sibuk.

Lihat saja video dibawah:

Eh, macam dah ada pengalaman je??

Rata-rata netizen memang mengecam tindakan wanita ini.

Ada pula yang mengaitkan tudung yang dipakainya.

Tidak dinafikan wanita itu mencuri tetapi tidak patutlah kita kaitkan tudung dia pula.

Apa kaitan tudung dengan kegiatan mencuri dia kan?

Bak kata orang putih, don't judge a book by it's cover!