Murid tahun empat maut dilanggar van sekolahnya


Murid tahun empat itu maut di tempat kejadian - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Kemalangan memang tidak berbau tetapi ia boleh dielak sekiranya kita lebih berhati-hati.

Namun, nasi telah menjadi bubur apabila seorang murid tahun empat maut dilanggar van sekolah yang baru menurunkannya di kawasan Apartment Seri Teluki, Bukit Sentosa.

"Kejadian berlaku apabila pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia 56 tahun, tidak menyedari murid perempuan berusia 10 tahun itu melintas di hadapan van dipandunya selepas diturunkan di lokasi tersebut.

"Pemandu van tersebut tersebut hanya menyedari apa yang berlaku selepas terlihat murid berkenaan terbaring di sebelah kiri van melalui cermin sisi van itu," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai.

Murid tersebut disahkan mati di tempat kejadian. 

Rata-rata netizen menyalahkan pemandu van kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Ada juga yang berpendapat bahawa ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang titik buta kereta.

Ada kemungkinan juga pemandu tersebut tidak nampak budak itu sekiranya dia berdiri di titik buta.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan mewajibkan kamera litar dipasang di setiap van dan bas sekolah bagi mengelakkan kejadian ini berlaku lagi.