Alat pemedih mata DIY ni wajib ada dalam beg semua wanita!


Pepper spray yang dibuat daripada cili padi


By Nadhirah Sofea Rashid

Kes-kes wanita menjadi mangsa jenayah seperti rogol, samun dan macam-macam lagi memang tak terkira.

Wanita zaman kini memang perlu untuk belajar seni mempertahankan diri dan juga alat pemedih mata.

Banyak jenis alat pemedih mata pepper spray berada di pasaran.

Sekarang kita dah boleh buat sendiri pemedih mata atau DIY!

Melalui satu perkongsian di Facebook oleh seorang gadis Marry Ferjel Babasa, kini kita tahu cara membuat alat pemedih mata menggunakan cili.

Perkongsian tu dah capai 90,000 shares di Facebook!

Ha, jom ketahui cara membuat alat pemedih mata ini.

Okay pertama, korang kena ada botol penyembur. Banyak ada dekat kedai. Murah je girls! Tak kisahlah size apa korang nak beli. Tapi baik beli yang saiz kecil, senang nak simpan dalam poket atau handbag.

Kedua, beli cili! Buat korang yang suka makan pedas tu mesti ada banyak cili padi kat rumah kan? Ha, ambil segenggam untuk pemedih mata ni.


Kemudian, potong cili padi tadi dalam bentuk kecil supaya senang untuk dimasukkan ke dalam botol. Jumlah cili terpulang dekat korang. Tapi lagi banyak lagi berkesan kot?!


Akhir sekali, masukkan air dan goncang! Siap! Senang dan mudah, bukan?

Cuba spray pada kertas kemudian hidu.

Jika berbau kuat, pemedih mata korang dah siap sedia untuk berkhidmat dan cukup kuat untuk memedihkan mata-mata penjenayah.

Selepas membuat pemedih mata ni, jangan lupa basuh tangan ok sebelum korang sentuh muka. Takut mata korang pula yang pedih. 

Jangan cakap kita orang tak ingatkan!