Remaja dapat RM13,000 sebulan hasil jual seluar dalam terpakai!


Gambar sekadar hiasan


By Nadhirah Sofea Rashid

Ha ni nak cerita satu benda pelik dan menjelikkan.

Kalau korang nak cari duit tambahan semasa belajar biasanya korang buat apa?

Mesti kebanyakannya kerja part time dekat restoren ke, kerja sebagai promoter ke atau buat bisnes online. Betul tak?

Tapi lain pula caranya di Amerika.

Menurut portal berita luar negara, Mirror, seorang pelajar jual seluar dalam yang dipakainya untuk selesaikan yuran kolej.

Fuh, sampai begitu sekali!

Dikatakan, pelajar berusia 21 tahun ini membeli seluar dalam murah secara pukal dengan harga lebih kurang RM20.

Dia kemudiannya menjual balik seluar dalam terpakai itu pada harga RM500!

Lagi lama seluar dalam itu dipakainya, maka lebih mahal lah seluar dalam tersebut boleh dijual.

Perniagaan seluar dalam terpakai ini dijalankan online. 

Dikatakan pelajar ini mulakan perniagaan ini ketika dia bekerja sebagai web cam girl.

Selain daripada perniagaan seluar dalamnya, pelajar ini juga bekerja sebagai pelayan restoren dan servis membawa anjing berjalan.

Pendapatan tahunan dia agak lumayan ye guys, iaitu lebih RM160,000!

Pelik memang pelik tapi memang ada demand yang nak beli seluar dalam terpakai ni. 

Kalau korang perhatikan, memang ada berita yang mempamerkan kes-kes berkaitan seluar dalam wanita yang dicuri! Dalam Malaysia pun ada!

Peh, memang betul-betul dahsyat cara mereka cari duit untuk tampung belajar.

Ha, korang jangan ikut pula ye!