Gila! Tiket Avengers: End Game dijual semula dengan harga RM37, 000!


Cekupan skrin dalam portal e-dagang - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Pembaca kat sini mesti ramai yang peminat tegar filem Avengers, kan?

Mesti ramai yang tertunggu filem terbaharu iaitu Avengers: End Game yang bakal ditayangkan April 24 ini.

Kebanyakkan tiket sudah direbut sejak jualan mula.

Dalam pada ramai berebut-rebut untuk menempah tiket wayang, di Amerika ada yang mengambil keputusan untuk jual balik dengan harga sehingga USD 9,199 iaitu RM37, 000 untuk 2 tiket. 

Peh, betul-betul gila ni!


Nah, kalau korang tak percaya, cuba tengok screenshot kat bawah ni:



Kegilaan Avengers bukan hanya terjadi di luar negara sahaja ye. Malaysia pun ada!

Yang terbaharu ada yang jual pada harga RM700!


Berdasarkan screenshot di atas, penjual menawarkan tiket wayang untuk hari pertama filem itu ditayangkan.

Ada ke yang beli? Kalau memang ada kitorang memang salute lah! Mahal gila kot?!

Kalau korang tengok dekat portal-portal e-dagang, memang banyak dah orang jual balik tiket filem dengan harga yang cekik darah!

Ada tak peminat tegar Avengers kat sini yang sanggup beli?!