#MicrowaveChallenge cetusan BTS trending di media sosial!


J-Hope dan Jungkook


By Nadhirah Sofea Rashid

Kalau sebelum ini #KekeChallenge dan #MannequinChallenge trending di seluruh dunia, kini giliran #MicrowaveChallenge pula!

#MicrowazeChallenge mula dijadikan fenomena di seluruh dunia apabila kumpulan ikonik K-Pop, BTS yang mencetuskan trend tersebut.

BTS yang mempunyai followers di Instagram seramai 16.2 juta memang tidak dapat dinafikan sering menjadi pengaruh besar khususnya dalam golongan millenials.


Cabaran ini memerlukan anda untuk duduk dan berpusing setempat tanpa sebarang pegerakkan tubuh yang lain. 

Ala, macam dalam microwave! Bila kita letak mangkuk dalam microwave, mangkuk tu akan berpusing secara perlahan-lahankan?

Ha, macam tulah caranya!

Challenge ni bukan saja diikuti millenials, bahkan ia juga disahut oleh selebriti ternama iaitu Ryan Seacrest!

Kalau korang nak tahu, jumlah klip video yang menyahut cabaran #MicrowaveChallenge ini sudah pun mencecah seramai 125 juta di aplikasi TikTok.

Bukan TikTok saja, jika korang cari dekat Twitter, Youtube, Facebook dan Instagram ni pun dah banyak orang sahut challenge ni.

Korang bila lagi nak try sahut?!