Pub halal??


Apa pub halal yang di maksudkan Shah ni?


By Huzraifah Atikah

Ish ada-ada je la..

Baru-baru ini, pelakon bernama Shah Radhi Hazvee dikatakan sedang merancang untuk membuka bisnes pub yang dikhususkan buat golongan muda tidak lama lagi.

Pelakon muda yang berusia 23 tahun itu berkata dia memang sukakan semua jenis hiburan lebih-lebih lagi muzik walaupun tidak pandai menyanyi.

“Saya mahu mewujudkan sebuah tempat di mana golongan muda boleh lepak, minum sambil layan muzik,” kata Shah. 

Bagaimanapun katanya lagi, bisnes pub yang bakal dibuka hanya menghidangkan minuman dan makanan halal saja.

Shah yang pernah berlakon dalam drama ‘Kan Kukejar Cinta Kamu’, juga berkata perancangan membuka pub halal itu adalah sebagai memenuhi kepuasan diri semata-mata. 

Namun dalam masa yang sama dia juga merancang untuk membuka bisnes gunting rambut.

"Pada masa ini saya sudah pun mencari lokasi strategik untuk membuka dua bisnes ini di Subang Jaya.

"Kalau tiada aral, bisnes ini akan bermula dalam tempoh terdekat," kata pelakon berasal Kuala Kubu Baru itu.

Katanya, pub itu juga akan mempunyai slot persembahan sendiri seperti pementasan muzik dan teater mengikut tema pilihan setiap minggu.

Akan tetapi, nampaknya penggunaan perkataan ‘pub’ oleh pelakon yang juga bakal muncul dalam drama Hero Bomba 2 itu amat la tidak sesuai di mata netizen. 

Rata-rata netizens mengecam dan tidak kurang juga yang turut memberi nasihat terhadap tindakan Shah itu, mereka berkata: