Siti Khadijah Rai Sedekad, Keluar Produk Baru


Siti Khadijah tampil dengan produk baru, Klasik Sulam Naura


By Syafiqah Azman

Sedar tak sedar, sudah sedekad lamanya jenama Siti Khadijah bernaung dalam industri perniagaan. Memang rasanya macam sekejap sahaja. 

Pada Jumaat lalu, demi meraikan sukses jenama telekung yang sudah sedekad lamanya, Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman mengadakan satu Majlis Makan Malam Gala di Putrajaya Mariott. 


“Kalau dahulu kita hanya mampu melakukan 200 pasang telekung sehari, kini syarikat Siti Khadijah mampu menghasilkan sebanyak 2000 helai dalam satu hari,” kata Puan Padzilah. 

Kalau kita dapat lihat, kain yang digunakan dalam menghasilkan telekung Siti Khadijah ini merupakan salah satu daripada fabrik yang berkualiti tinggi seperti ‘cotton-feel’. 

Bukan itu sahaja, si pemakai dapat memakai telekung dengan mudah kerana rekaan inovatif yang fleksibel di bahagian wajah memudahkan pemakai menggunakan telekung tanpa sebarang pin atau anak tudung. 

Sudah tidak perlu gopoh gapah cari pin atau anak tudung bila tiba waktu solat, betul tak?


“Dari khusus telekung, berkembang ke pakaian wanita dan lelaki, ke produk penjagaan diri sehinggalah ke pembukaan Kolej Seni Jahitan Srikandi,” jelas ibu kepada enam orang putera ini. 

Siapa sangka pakaian solat yang dihasilkan oleh Siti Khadijah ini telah dijadikan sebagai satu jenama telekung ideal buat Muslimah di seluruh dunia terutama sekali di United Kingdom, Jepun, Turki dan Timur Tengah. 

Malah dua butik Siti Khadijah sudah pun bertapak di negara jiran kita, Indonesia iaitu di Jakarta dan Bandung. Tahun ini, Siti Khadijah bakal membuka empat lagi butik di Indonesia iaitu di Pekan Baru, Surabaya dan Makassar. 

Majlis ini turut diadakan bagi menghargai segala usaha dan penat lelah yang telah diusahakan oleh team Siti Khadijah sendiri. 


Pelbagai anugerah yang disampaikan pada malam tersebut antaranya Anugerah Kakitangan Terbaik, Anugerah Personal Shopper serta Anugerah Pelanggan Setia. 


Tidak ketinggalan pada malam tersebut juga, Siti Khadijah telah mengeluarkan telekung terbarunya iaitu Klasik Sulam Naura yang merupakan salah satu produk istimewa kerana hasil tenunan yang tampak eksklusif serta bermotifkan corak daun yang mampu memikat hati anda semua.