Pak Ya Trauma, Mahu Saman Pelawak Terkenal


Pak Ya sakit badan serta trauma dengan kejadian menimpanya (Sumber: Metro)


By Syafiqah Azman

Mangsa kepada amukkan seorang pelawak terkenal tempoh hari, Yahya Manap atau lebih disenangi dengan panggilan Pak Ya ingin membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. 

Pak Ya, 70, yang dibelasah tempoh hari, ingin mengambil tindakan saman terhadap pelawak terbabit kerana telah membelasah, menendang dan membaling batu ke arahnya dalam kejadian pergaduhan di Acacia Park Desa Jati, Negeri Sembilan. 

Menurutnya, tindakan pelawak terbabit bukan sahaja mencederakannya malah memberikan trauma kepadanya. 

“Sehingga ke hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Saya hanya berehat dan makan ubat, mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah,” jelas Pak Ya menerusi Harian Metro. 

Manakala, Pak Ya menjelaskan tiada sebarang panggilan daripada pelawak terbabit atau wakilnya untuk memohon maaf. 

“Saya belum bersedia jumpa dia.”

“Walaupun saya boleh maafkan, tapi kesan daripada kejadian tersebut masih terasa hingga ke hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga,” katanya lagi. 

Terdahulu, satu video menunjukkan jelas pelawak terkenal tersebut telah memukul seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan. 

BACA: Pelawak Terkenal Belasah 'Guard' Tua 

Kejadian yang berlaku pada jam 8 malam kelmarin mengakibatkan Pak Ya cedera di bahagian hidung dan bengkak di muka serta sakit di bahagian pinggang akibat daripada perbuatan artis terbabit. 

Kesian betul nasib Pak Ya ni kan? Niat hanya ingin mencari rezeki yang halal dan melakukan tanggungjawabnya dengan sempurna, tapi lain pula yang jadi. 

Sama-sama kita doakan supaya kesihatan Pak Ya kembali pulih.