“Duit saya, suka hati saya la” – Ahya Rosli


Ahya Rosli bersama pasangannya, Shahirah Philip


By Syafiqah Azman

Pada Ahad lalu, seorang pelakon dan juga model, Ahya Rosli selamat melangsungkan perkahwinan bersama teman sehidupnya, Shahirah Philip bertemakan konsep tradisional. Namun, bukan itu yang menjadi tumpuan warga netizen atau tetamu yang datang pada majlis tersebut. 

Menerusi Instagram story kakak kepada Ahya, Liana Rosli, beberapa klip video telah dimuat naik menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang wanita lengkap dengan pakaian bikini sedang menari dengan ghairah di hadapan tetamu. 


Kalau selalu kita lihat ada penari zapin takpun kuda kepang ke kan? Ha ni lain daripada yang lain guys! Macam dalam kelab malam dah!

BACA: Aksi ghairah penari di majlis perkahwinan dikecam! 

Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan pengantin tersebut kerana ia ternyata tidak sesuai dengan majlis yang penuh dengan adat apatah lagi ia berkonsepkan tradisional Melayu. 

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Ahya atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli, 32, memberitahu yang dirinya sedikit pun tidak kisah dengan apa yang dikata oleh netizen kerana persembahan itu adalah sekadar hiburan khas buat tetamu. 

“Saya tak kisah orang nak kata apa, itu majlis perkahwinan saya. Duit saya suka hati saya la bukan duit netizen,” jelasnya. 


Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini turut menjelaskan bahawa isu tersebut bukanlah isu yang besar dan baginya, netizen yang suka memperbesarkan hal kecil seperti ini.

“Kebanyakan yang meninggalkan komen menggunakan akaun palsu, dan mungkin juga mereka adalah orang yang dekat dengan kita,” tambah Ahya lagi. 

Terdahulu, Liana Rosli turut memuat naik beberapa video di Instagram story memberi amaran kepada ahli keluarganya yang mengatakan perkara tidak baik mengenai majlis tersebut. 

Mungkin keluarga Ahya pun tak menyangka orang yang rapat dengan mereka akan melakukan perkara sebegitu. Tapi kita perlu ingat juga akan tetamu yang hadir, ada kanak-kanak dan orang tua. 

Bukankah tidak manis kalau ada tarian yang dapat menimbulkan kontroversi di majlis yang sepatutnya menjadi momen indah buat pengantin?

Ahya bernikah dengan gadis pilihan hatinya pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur. 

Apa pun, tahniah buat Ahya dan pasangan, Shahirah! Semoga berkekalan hingga ke Jannah.