Cukai perkhidmatan digital: Langkah yang bijak atau tidak?


Netflix dan Spotify - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Tahukah anda bahawa perkhidmatan digital seperti Netflix dan Spotify bakal dikenakan cukai sebanyak enam peratus bermula Jan 1, 2020?

Ha, terkejut bukan? Percayalah bahawa kenyataan itu benar!

Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Ulas Amiruddin lagi, cukai ini dikenakan untuk menyeragam dan memberi peluang yang sama rata kepada penyedia perkhidmatan digital dalam dan luar negara.

Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai, tambah beliau lagi.

Kita sedia maklum bahawa cukai tersebut dikenakan kepada penyedia perkhidmatan.

Namun persoalannya adalah, adakah syarikat-syarikat ini akan menanggung cukai tersebut atau dibebankan kepada pengguna?

Mengikut statistik, sejumlah besar pelanggan Netflix dan Spotify adalah daripada golongan anak muda.

Berdasarkan sumber, 74% pelanggan Netflix di seluruh dunia merupakan belia yang berumur dalam lingkungan 18 ke 29 tahun.

Manakala, 77% pelanggan Spotify di Malaysia berusia dalam 15 ke 34 tahun.

Baca: 77 Peratus Pendengar Spotify di Malaysia Berusia 15-34 Tahun

Ini bermakna sebahagian besar pelanggan perkhidmatan digital di Malaysia juga merupakan dalam golongan belia.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan cukai terhadap perkhidmatan digital ini.



Jika diimbas kembali, kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya ke 14 terdahulu adalah berpunca daripada sebahagian besar belia di Malaysia yang memainkan peranan dengan hebat sekali.

Mengenakan cukai pada perkhidmatan digital yang majoriti belia Malaysia menggunakannya mungkin bukan cara yang betul bagi membalas budi mereka yang mengundi.

Ramai yang menganggap perkhidmatan digital seperti Netflix dan Spotify bukan satu keperluan.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa melanggan Netflix dan Spotify lebih berbaloi daripada melanggan Astro dan sebagainya. 

Negara jiran, Singapura, turut bakal mengenakan cukai GST sebanyak tujuh peratus untuk perkhidmatan digital.

Baca: 7% GST for Netflix & Spotify coming in 2020

Jadi, adakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengenakan cukai terhadap perkhidmatan digital ini bijak atau bakal menambahkan lagi beban rakyat yang mengharapkan perubahan?

Atau pun ini mungkin langkah yang proaktif yang perlu diambil demi kepentingan negara?

Apa kata anda?