Vandalisme: Ibubapa patut rasa bersalah tidak pantau anak-anak!


Ibubapa harus pantau anak-anak sepanjang masa ketika di perpustakaan awam!


By Huzraifah Atikah

Sadis.. Baru sahaja minggu lepas perpustakaan negeri sabah di rasmikan.

Tetapi kini sudah jadi begini. Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi langsung!

Kelmarin, seorang wanita di Facebook bernama " target="_blank">Dorice D telah berkongsi beberapa gambar perpustakaan di sudut bacaan kanak-kanak apabila ianya telah di vandalisme oleh anak-anak yang tidak di pantau ketika berada di dalam perpustakaan itu. 

Lihat di sini gambar-gambar Perpustakaan baru Negeri Sabah ini, sangat cantik. 

Nak dijadikan cerita, cuba lihat sendiri apa yang telah jadi kepada perpustakaan ini:


Tak bertanggungjawab langsung!


Dorice menyuarakan kekecewaannya terhadap sesetengah ibubapa yang tidak memantau anak-anak mereka apabila berada di ruangan membaca kanak-kanak tersebut. 

Dalam, posting tersebut, Dorice berkata:


"Baru semalam melawat perpustakaan indah ini, sekarang tengok la apa yang telah terjadi."

"Tujuh hari buka dah jadi macam ni."

Dorice juga kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke perpustakaan itu hanya semata-mata untuk bermain ditempat permainan yang disedia khas didalam perpustakaan itu dan bukanlah untuk mengajar anak mereka agar menghargai buku-buku yang ada.  

"Ada sesetengah ibubapa yang nampak anak-anak mereka menyelerakkan buku-buku namun tidak berbuat apa-apa."

Di akhir posting tersebut, Dorice meminta agar pihak perpustakaan untuk segera mengambil tindalan yang sewajarnya sebelum keadaan perpustakaan itu menjadi bertambah teruk. 

Dengan itu juga, kini perpustakaan sudut bacaan kanak-kanak telah di tutup sementara untuk tujuan memulihkan sudut tersebut. 

Hasil usaha kerajaan untuk membina perpustakaan bertaraf dunia itu nampaknya tidak dimanfaatkan sepenuhnya, malahan di rosakkan. 

Netizen yang melihat perkara ini juga turut merasa bengang kerana ada yang masih belum sempat melihat perpustakaan cantik itu, sesetengah mereka turut berkata:


Sebagai masyarakat, adalah kerjasama kita semua untuk memelihara apa yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kesenangan bersama 

Dengan itu, para ibubapa juga harus bertindak tegas dan memantau penuh setiap gerak-geri anak-anak agar tidak merosokkan harta benda awam.

Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya."