Apabila niat baik disalah erti...


Nurse Irsa yang membantu mangsa kemalangan - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Salah satu sikap yang patut menjadi kebanggaan Malaysia adalah rakyatnya yang memang kaya dengan sikap tolong menolong.

Tidak kiralah anda accident di mana sekali pun, pasti akan ada yang menolong.

Tapi, siapa yang tak kecewa bila niat murni kita nak tolong orang disalah erti?

Inilah apa yang terjadi kepada seorang nurse.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, seorang nurse yang dikenali sebagai Isra dikatakan telah menolong sepasang suami isteri yang cedera akibat terjatuh dari motosikal.

Kemalangan itu dikatakan berlaku di depan mata nurse itu.

Tanpa membazir waktu, Isra membawa kedua-dua suami isteri itu ke klinik berdekatan.

Isra berasa lega selepas dapat membantu pasangan suami isteri itu.


Namun, kelegaan itu terhenti apabila Isra pula difitnah melanggar mangsa. 

Isra menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa jatuh sendiri akibat membawa motor melebihi had kelajuan dan brek gagal berfungsi. 


Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba dituduh sebagai pelanggar pula.

Seeloknya kita dengar dulu penjelasan daripada kedua-dua pihak. Jangan serkap jarang.

Orang yang membantu ini disalah erti pula. Tak ke kesian?