Lelaki ini dapat makeover ruang tamu percuma selepas tular!


Ruang tamu sebelum diubahsuai - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Ha, memang rezeki terpijak buat seorang lelaki yang tular di laman sosial twitter selepas mendapat makeover ruang tamu rumah secara percuma!

Konsep minimalis menjadi trend masa kini yang digunakan dalam hiasan dalaman rumah.

Beberapa minggu lepas, lelaki tersebut, @karimbachik memuatnaik sebuah gambar yang mempamerkan ruang tamunya dengan memberi kenyataan konsep minimalis yang sebenar.

Cuba korang tengok gambar kat bawah, memang betul-betul minimalis.

Minimalis bukan? Tengoklah kotak yang dibuat sebagai meja TV. Kreatif betul!

Post Karim ini menerima sambutan yang hangat apabila menerima hampir 10,000 retweets!

Post tersebut menjadi lebih hangat apabila sebuah syarikat interior design Fabello Design mahu sponsor Karim untuk full makeover konsep minimalis yang sebenar sekiranya post tersebut mendapat 50,000 retweets.

Kurang daripada seminggu, post tersebut telah mencapai lebih 50,000 retweets!

Fuyoo! Netizen memang betul-betul power!

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya berkunjung tiba apabila Fabello Design memuatnaik gambar ruang tamu yang telah di makeover dengan jayanya.


Nah, korang tengok perbezaan ruang tamu brother ni.

Memang betul-betul beruntung brother ni. 

Kalau macam ni berubahnya, mesti korang pun nak kan? Ala, mengaku sajalah!

Apa-apa pun, tahniah Karim diatas ruang tamu yang baru!