Lelaki disaman RM600 selepas meletakkan kaki di luar zon merokok!


Saman yang dikenakan - Gambar daripada China Press


By Nadhirah Sofea Rashid

Kalau korang rasa undang-undang Malaysia yang memaksa perokok untuk merokok 3 meter jauh dari tempat makan ni dah teruk sangat, korang mesti tak tahu lagi macam mana ketatnya undang-undang negara jiran kita, Singapura.

Seorang lelaki warganegara Malaysia disaman SG$200 (RM600) selepas didapati meletakkan satu kaki di luar kawasan merokok yang disediakan.

Lelaki itu tidak diberi peluang langsung oleh pihak berkuasa untuk meletakkan sebelah kakinya ke dalam petak kuning. Peh, betul-betul strict undang-undang Singapura ni!

Disebabkan tidak diberi peluang, lelaki tersebut mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kakinya yang berada di luar kawasan petak kuning tersebut untuk berkongsi betapa kerasnya undang-undang di sana.


Rata-rata netizen berpendapat lelaki itu sepatutnya diberi amaran sebelum disaman.

Tapi nak buat macam mana kan, dah undang-undang negara tu macam tu. 

RM600 bukan sikit woo!

Agak-agak kalau undang-undang macam ni dilakukan dekat Malaysia korang okay tak???