Kepala murid darjah 5 tersangkut dalam kon!


Murid tahun lima yang tersangkut dalam kon - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Aduh, macam-macam benda pelik yang terjadi dekat sekolah.

Korang pun mesti pernah alami perangai-perangai pelik kat sekolah kan? 

Kecoh di media sosial Facebook dan Twitter apabila seorang murid darjah 5 di sebuah sekolah SJKC di Kuala Penyu, Sabah yang tidak dapat keluarkan kepalanya dari sebuah kon.

Dikhabarkan adik ini terpakasa menahan selama setengah jam sebelum kon tersebut dikeluarkan.

Dah kenapa pergi masukkan kepala dalam kon pula dah ni??

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Nasib baik ada abang-abang bomba jadi hero bawa gergaji nak potongkan kon tu.

Sampai empat orang bomba kena selesaikan kes adik ni tersangkut kepala.

Cuba korang tengok video dekat bawah.

Nak gelak pun rasa bersalah sebab rasa kesian pun ada!

"Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon untuk mengeluarkannya daripada kepala mangsa.

"Perkara ini perlu berhati-hati.. kerana ia boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa sekiranya tersilap langkah," kata jurucakap bomba.

Akhirnya murid tersebut berjaya diselamatkan! Terima kasih kepada bomba hero kita!




Murid tersebut dikatakan berada dalam keadaan baik dan terus diserahkan kepada ibu bapanya yang juga berada di tempat kejadian.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di kawasan yang mempunyai kon.

Hm.. ni mesti kes main-main lepas tu tiba-tiba tersangkut. Confirm tak kan lupa!

Nah, korang ingat tak kes-kes budak sekolah tersangkut kerusi? Ha, ni antaranya!

Image result for budak tersangkut kerusi sekolah

Related image

Image result for budak tersangkut kerusi sekolah

Macam-macam ragam budak sekolah ni. Mencuit hati betul!