Ella Jayakan Misi Kemanusiaan Bantu Pelarian Syria di Lubnan


Ella dijangka bakal ke Lubnan untuk melawat pelarian Syria dan Palestin April ini


By Syafiqah Azman

Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin berkongsi rasa teruja apabila diberikan peluang untuk ke Lubnan bagi membantu pelarian Syria. 

Eh, betul ke ni? Dah ready ke penyanyi Rock ni nak ke sana? 


Ella atau nama sebenar Nur Zila Aminuddin, 53, memohon orang ramai agar mengambil peluang yang diberi ini untuk membantu pelarian di sana. 

“Ella nak kongsi bukan sahaja dengan peminat tetapi dengan orang ramai juga agar dengan adanya kempen seperti ini harap bantuan yang secukupnya dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan di sana,” jelasnya. 

Ella, ditemui dalam satu sidang media kempen #1Follower1Ringgit anjuran Kedamaian Kemanusian Berhad (KKB) di Grand Millennium, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. 


Dalam satu sidang media yang sama, Ella bersama suami, Kapten Azhar, 38, telah dilantik menjadi ikon kemanusiaan kolabarasi bersama KKB dalam melancarkan kempen untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada pelarian Palestin dan Syria di Lubnan. 

Ella turut berkongsi mengenai persiapan yang telah dilakukan apabila dirinya dan suami dijangka bakal berangkat ke Lembah Bekaa, Lubnan pada 26 hingga 30 April ini. 

“Sudah tentu sedikit sebanyak kami berdua telah melakukan persiapan dan sudah bersedia untuk ke sana, Insya Allah,” tambah penyanyi tersebut. 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah KKB, Prof. Madya Dr Roslan Ahmad. 


Menurut Roslan, pilihan yang dilakukan untuk memilih pasangan tersebut sebagai ikon adalah satu pilihan yang tepat kerana Ella khususnya mempunyai satu gelombang peminat yang sangat kuat. 

“Kalau kita lihat sendiri, penyanyi Rock kita ini tidak asing lagi dalam hal ini kerana beliau pernah menjadi ‘Role Model’ untuk Yayasan Kebajikan Negara (YKN) jadi sebab itu kita memilih beliau kerana Ella sendiri rapat dengan misi-misi kemanusiaan,” jelasnya. 

Siapa sangka Ella pernah menjadi satu figura contoh oleh YKN bagi mempromosikan pemikiran positif dalam kalangan belia dan muda-mudi kan? 

Bagaimanapun, tidak ingin menyasarkan sebarang jumlah kutipan, Roslan menyatakan bahawa fokus KKB adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik terutama dalam kalangan pelarian kanak-kanak. 

Kepada mereka di luar sana yang ingin menyalurkan sebarang bantuan, anda boleh membuat sumbangan anda ke nombor-nombor akaun seperti berikut: 

Kedamaian Kemanusian Berhad

Maybank: 5571 5731 5233

Bank Islam: 140140 101 52198

RHB: 2641 330 0023 705