Nak bayar dengan 'exposure', photographer ni tempelak klien!


Klien tersebut hanya mahu membayar dengan exposure - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Zaman dah serba moden tapi masih lagi ada orang nak bayar freelance pakai exposure?? 

Adoi, macam-macamlah orang sekarang ni.

Korang mesti ada kawan-kawan atau korang sendiri yang part-time jadi photographer, designer, styling dan macam-macam lagi yang rata-rata memerlukan skill yang tinggi.

Ha, seorang photographer @azmaredzal berkongsi di Twitter tentang seorang klien yang mahukan service tapi hanya nak bayar dengan 'exposure' je!

Aduh, memang lah exposure tu penting, tapi exposure bukan wang ringgit yang boleh menampung kehidupan photographer tu.



Azma berkata dia sudah bergerak aktif dalam bidang fotografi selama tiga tahun.

Walaupun begitu, Azma mengakui dirinya belum di tahap professional cuma dia terkesan apabila klien tersebut mengambil kesempatan terhadapnya.

Lantas, Azma tempelaklah klien tu.


Nah, ini penjelasan Azma apabila dia berang saat klien hanya nak bayar dengan exposure.

Betul lah, exposure saja mana boleh nak bagi keluarga makan? Betul tak?

Masalah ini bukan saja dialami photographer, tetapi bidang-bidang lain juga.

Ni lagi satu pesanan Azma!


Rata-rata netizen yang membalas tweet Azma turut mengalami masalah yang sama.

Ish ish ish, minta-minta para klien tu dah sedarlah yang exposure saja tak boleh!