Wartawan kena sondol dengan lembu!


Wartawan disondol ketika membuat liputan


By Nadhirah Sofea Rashid

Nak jadi wartawan penyiaran bukan sahaja memerlukan skill yang tinggi, malah ketahanan diri dari segi fizikal dan mental juga perlu ada.

Ini kerana macam-macam risiko yang bakal ditempuh. Macam seorang wartawan yang viral di Facebook dan Twitter ni...

Wartawan ini disondol lembu ketika sedang membuat liputan!

Nampak kelakar bukan? Ha, tak semua orang berani macam dia tau. Salute dekat akak ni!

Katanya dia sedang membuat liputan tentang 'Haiwan keliaran undang bahaya'.

Memang betul-betul on point tajuk dan rakaman yang wartawan ini sediakan!

Video berdurasi 16 saat itu mula viral di seluruh media sosial selepas beberapa jam dimuat naik.

Selain daripada terhibur, netizen puji keberanian dan sikap komited wartawan ini. 

Yelah, bukan biasa-biasa tu!



Ada juga rata-rata netizen yang berpendapat bahagian video itu perlu di potong. 

Tapi apa salahnya? Tajuk pun dah bahaya haiwan keliaran.