“Moga tak ada apa yang serius” – Jihan Muse


Selebriti Jihan Muse buat pemeriksaan MRI, mohon tiada apa yang serius


By Syafiqah Azman

Pelakon, pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse memohon maaf kepada pihak tertentu kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan. 

Eh kenapa pula dengan Jihan? 


Menerusi satu entri di media sosial Instagram, Jihan memuat naik satu foto sedang menjalani pemeriksaan MRI pada Selasa. 

“Doakan resultnya esok (hari ini). Moga tiada apa yang serius,” tulis Jihan pada kapsyen entri tersebut. 

Biasalah kalau kesihatan kita tidak mengizinkan sudah tentu kerja pun banyak yang tergendala betul tak? 

Jihan yang prihatin mengenai kesihatannya memohon maaf kerana tidak dapat memberi seratus peratus dalam melakukan urusan kerja. 

“Kena berjaga-jaga sebelum kena jaga,” tambahnya lagi. 


Menerusi laman Instagram story Jihan hari ini, dia memuat naik satu foto bahawa dirinya kini sedang berada di Hospital Pakar Avisena, Shah Alam. 


Manakala di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Nabil Ahmad, Tomok, Janna Nick dan Shery Al Hadad serta peminat turut mendoakan agar dia kembali pulih. 

Apa pun, harap Jihan kembali sembuh dan sentiasa menceriakan industri hiburan tanah air. Insya Allah.