Melampau! Remaja 14thn dipukul dan ditusuk kemaluan


Si pembuli seperti tiada rasa bersalah terhadap mangsa!


By Huzraifah Atikah

Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni...

Tidak dinafikan, kes buli telah wujud sekian lamanya dan dimana-mana sahaja pasti akan ada kes buli terutamanya sesama jantina. 

Namun perkara ini seperti tidak ada penghujungnya, mungkin kerana tidak ada hukuman yang cukup berat untuk menakutkan si pelaku. 

Buli bukanlah satu benda yang ringan kerana ianya akan memberi impak dan trauma yang dahsyat kepada mangsa buli sehingga dewasa kelak. 

Apa yang menggerunkan, baru-baru ini terdapat satu kes dimana seorang mangsa buli yang dikenali sebagai Audrey teruk di belasah sekumpulan 12 remaja perempuan.

Menurut portal berita Coconuts Jakarta, kes buli itu berlaku di sebuah sekolah menengah di Pontianak, Kalimantan Barat.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu dipukul sehingga lunyai hanya di sebabkan komen-komen di Facebook yang bermula dengan isu cinta. 

Timbalan Ketua Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak Kalimantan Barat, Tumbur Manalu berkata Audrey menjadi mangsa keadaan kerana sepupunya adalah bekas teman lelaki salah seorang suspek.

“Menurut info yang kami terima, mereka telah berbalas komen di laman sosial sehingga salah seorang daripada mereka menjemput mangsa ke satu tempat kerana tidak berpuas hati,” kata Tumbur. 

Suspek bersama sebelas rakannya pergi ke rumah mangsa dan menjemputnya untuk berbincang, namun mereka membawanya ke satu taman yang sunyi di mana mangsa diserang bertubi-tubi.

Namun bukan itu setakat itu sahaja! 

Seorang pengguna Twitter juga berkongsi kisah sebenar di sebalik kejadian tersebut, antaranya kepala mangsa dihentak pada laluan pejalan kaki, perut disepak serta disimbah air. 

Apa yang lebih ngeri, salah seorang suspek turut menusuk kemaluan mangsa dalam cubaan meragut daranya! 

Akibat daripada kejadian tersebut, netizen telah lancarkan petisyen untuk menghukum kesemua pelaku agar mereka dapat dihukum setimpal dengan perbuatan mereka. 


Lihat disini untuk menyokong petisyen #JusticeForAudrey. 

Kini, hashtag #JusticeForAudrey turut trending seluruh dunia di Twitter di mana netizen menyeru supaya pelaku kejadian terbabit dihadapkan ke muka pengadilan secepatnya.

Sementara itu, polis negara berkenaan sudah pun menerima laporan kes tersebut dan siasatan sedang giat dijalankan.

Beberapa suspek telah di tahan di balai polis untuk membantu siasatan. Ini reaksi mereka:


Nampaknya tidak ada rasa bersalah langsung terhadap perbuatan mereka yang agak keterlaluan itu. ish ish ish..

Marilah kita doakan agar Audrey kuat menghadapi dugaan yang dihadapinya. 

Apa kata anda, adakah kerajaan perlu melaksanakan undang-undang lebih kuat agar perkara ini tidak berlaku di Malaysia?