Kerana Amalan Keluarga Turun-Temurun, Anzalna Nasir Dilantik Jadi Duta NR


Anzalna Nasir jadi Duta Produk NR


Dek kerana meneruskan tradisi keluarga yang mengamalkan pengambil produk NR sewaktu sedangg hamil, pelakon jelita Anzal Nasir telah dilantik sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019.

Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah berkata, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.


Katanya lagi,  Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu dan kemudian tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.

“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.

Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.