Pelakon ‘Kurang Pakej’ Jangan Sentap, Terus Positif – Azhar Rani


Azhan Rani suntik semangat buat pelakon 'kurang' pakej


By Syafiqah Azman

Berjaya meraih pengiktirafan sebagai Antagonis Pilihan pada kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, Ahad lalu, pelakon, Azhan Rani berharap agar pelakon yang mempunyai bakat tinggi tetapi ‘kurang pakej’ di luar sana untuk tidak berputus asa. 

Macam ditujukan untuk seseorang sahajakan bunyinya? 

Pelakon bagi drama pilihan ramai, Nur ini mewakili anak seni berbakat namun tidak dipandang kemampuan mereka atas alasan remeh ini berkata supaya mereka di luar sana perlu sentiasa positif. 

" target="_blank">

Menerusi video tular mengenai ucapannya dalam majlis DFKL tersebut, Azhan memohon agar anak seni muda berbakat di Malaysia supaya terus kekal di dalam industri dan berusaha dengan lebih keras. 

“Kepada mereka yang mempunyai bakat yang tinggi tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap, teruskan berada di dalam industri, berjuang, berusaha. Hilangkan sentap, hilangkan rasa kecil hati dan terus berjuang,” katanya menerusi ucapan video tersebut. 

Memang meremang juga la kalau dengar. Mana tidaknya, satu dewan bersorak bila Azhan menyampaikan kata-kata ucapannya. 

Sementara itu, Azhan yang membawakan watak sebagai Ustaz Syed Hamidi mendedahkan bahawa pada mulanya dia agak berat hati untuk menerima tawaran membintangi drama Nur 2 yang sudah mula ditayangkan sejak 2 April lalu. 

“Saya harap tiada Nur 3 nanti kerana kita seharusnya gerak ke hadapan. Jangan duduk di dalam kepompong yang sama, kesian penerbit dan pengarah,” katanya menerusi BH Online. 

Ha siapa dah tonton Nur 2? Amacam, best ke tak? Masih terbawa-bawa tak emosi bila lihat watak Ustaz Hamidi ni? 


Apa pun, tahniah buat seluruh warga produksi drama Nur kerana telah berjaya merangkul sebanyak enam trofi pada malam DFKL 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC). 

Harap Nur 2 ini lebih ‘menyengat’ dan menjentik kotak pemikiran penonton dengan lebih lagi daripada drama Nur pertama.