3 Konsol Game Hebat Buat Come-Back!


Game Console


By n'geek

Semakin rancak pengeluar-pengeluar telefon pintar melancarkan model-model baru yang khusus direka untuk gaming, tahun ini pengeluar konsol gaming turut memperkenalkan model terbaru dan dipertingkatkan dengan kemaskini yang canggih. 

Dengan kelajuan internet kini mencapai kelajuan yang tidak masuk akal, platform permainan seperti Steam dan kedai konsol digital telah menjadi pilihan untuk pemain untuk membeli permainan mereka. Jom kita lihat 3 konsol permainan yang membuat come-back.

Xbox One S 



Microsoft sememangnya memahami pendigitalan permainan video seiring dengan proses pembelian, dan mereka dikhabarkan akan mengeluarkan versi digital sahaja untuk Xbox One S. Mengikut laporan windowscentral.com, mesin itu akan lebih murah daripada Xbox One S biasa (cakera) dan Xbox One X kerana tidak mempunyai pemacu Blu-ray. 

Xbox One S (cakera) dijual dengan bundle berharga sekitar RM1,100. Jadi konsol permainan Xbox One S versi digital ini berpotensi untuk diletakkan di bawah harga RM1,000…memang menarikkan. Ia juga dilaporkan Xbox One S versi digital ini akan tiba Mei tahun ini dan Edisi khas konsol Fortnite juga akan tersedia.

PS4 Pro 



Bagi Sony PlayStation pula, setiap peminat konsol permainan harus memiliki PS4 Pro di ruang tamu mereka. Untuk versi Pro ini, ia menyokong output 4K HDR asli dan anda akan dapat menikmati kesan bunyi yang menakjubkan dengan permainan seperti Monster Hunter: World, God of War, Shadow of The Tomb Raider dan banyak lagi. Ia juga berfungsi sebagai pemain cakera Bluray jika anda memerlukannya.

Harga yang ditawarkan di bawah RM1,500 jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan telefon pintar gaming yang berharga RM2,000 ke atas. Kami dah survey dan dapati Lazada menawarkan harga terendah untuk konsol PS4 Pro setakat ini. Selain itu, jaminan 1-Tahun daripada Sony SEA, anda dapat menikmati jaminan 3 bulan tambahan apabila anda mendaftarkan unit anda…. Ini satu tawaran yang sangat baik, ye tak.

Anda boleh gunakan penjimatan tambahan ini untuk membeli Pengawal DualShock tambahan untuk RM184 atau menambah storan PS4 Pro anda dengan Seagate 2TB Drive Permainan untuk RM369. Adakah anda semua bersedia untuk PS4 Pro yang baru ini.

Nintendo Switch ‘Lite’



Menurut laporan penerbitan Jepun Nikkei, Nintendo telah mengumpulkan kedua-dua rakan pembuatannya dan pemaju permainan ke arah membangunkan Switch yang lebih kecil dan lebih ringan. Syarikat itu merancang untuk melancarkan dua lagi versiSwitch pada tahun ini.

Salah satu versi dibuat untuk peminat permainan video, walaupun ia tidak akan dapat menandingi PS4 Pro atau Xbox One X, Switch baru akan disepadukan dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. Manakala, versi yang lagi satu akan memenuhi selera pemain kasual, ciri yang dinyatakan secara khusus ialah ciri getaran pada controller, yang boleh membantu mengurangkan kos.

Konsol mungkin datang dengan fungsi yang terhad tetapi tujuannya adalah untuk membuat peranti Switch yang lebih mudah alih daripada yang asal. Laporan itu juga menunjukkan bahawa konsol tersebut akan muncul pada pertengahan 2019. Walaupun tidak ada maklumat mengenai harga untuk kedua-dua model, Nintendo dikatakan bekerjasama dengan Sharp pada paparan peranti Switch yang baru.