Maya Karin Berang, Ingin Tumbuk 'Mat Saleh' Sakiti Binatang


Maya Karin ingin tumbuk lelaki 'mat saleh' kejam sakiti binatang


By Syafiqah Azman

Sering berkongsi mengenai ilmu alam sekitar dan hidupan liar di platform media sosial, Maya Karin baru-baru ini memuat naik satu tweet ingin menumbuk seorang lelaki ‘mat saleh’ apabila individu terbabit dipercayai telah menyakiti hidupan di laut. 


Menerusi laman Twitter, Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 40 menyatakan niatnya ingin menumbuk lelaki kejam tersebut kerana telah membaling satu bahan letupan ke dalam laut dan menyakiti hidupan lautan. 

“I nak guna bahasa kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan, saya tidak akan berbuat demikian. Sendiri punya niat untuk menumbuk lelaki kejam tersebut,” tulisnya. 

Video berdurasi 26 saat itu telah menunjukkan lelaki tersebut ketawa setelah bahan letupan yang dibaling meletup dan berjaya menakutkan sekumpulan ikan di kawasan tersebut. 

" target="_blank">

Kenapa sesetengah manusia berkelakuan kejam terhadapan binatang seperti ini? Apa salah mereka? 

Maya yang merupakan seorang aktivis dalam hidupan liar serta alam sekitar ini telah menyeru pencinta haiwan di luar sana agar bangkit dan membantunya bersama dalam menangani masalah sedemikian. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di perairan luar negara. 

Rata-rata netizen menyatakan rasa geram mereka terhadap individu terbabit dan ingin turut bersama dalam ‘misi’ yang dikatakan oleh Maya. 

Kalau Maya buat satu kempen atau misi menyelamatkan alam sekitar serta hidupan liar, ada siapa-siapa nak join ke? 

Terdahulu, kerana semangatnya menyuntik ilmu mengenai alam sekitar, Maya telah dilantik menjadi ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun. 

Maya turut bekerjasama dengan beberapa pegawai dari Lembangan Sungai JPS tempoh hari dengan membuat kerja amal bagi usaha menjaga alam sekitar. 

BACA: Maya Karin Tunjuk Sungai Kotor, Netizen Sedih 

Pada mereka di luar sana, tunggu apa lagi? Bersama, kita boleh mengubah bumi kita menjadi lebih bersih dan selamat! Ayuh bersama-sama dengan si ‘ikan duyung’, Maya Karin dalam memastikan alam sekitar dan hidupan liar di bumi selamat!